top of page

Setiap borang yang dihantar oleh pelanggan, pihak Kad Kahwin Pro akan memproses borang tersebut dalam masa 24 jam. Deposit RM50 perlu dilakukan untuk mengisi borang tempahan. Pembayaran penuh akan dilakukan sebelum Design dihantar print. Pelanggan dihasihatkan untuk memastikan setiap ejaan dan tarikh serta masa adalah tepat. Pihak Kad Kahwin Pro tidak akan bertanggungjawab atas mana-mana kesalahan selepas pengesahan untuk cetakan dibuat oleh pelanggan. Tempoh masa siap tempahan adalah dalam lingkungan sebulan. Urgent order dikira sekiranya kurang dari tempoh tersebut.


Pihak Kad Kahwin Pro menggunakan perkhidmatan penghantaran melalui servis kurier SKYNET. Penghantaran untuk Semenanjung Malaysia sahaja. Caj penghantaran berbeza-beza mengikut pakej, kuantiti dan lokasi. Pihak kami akan memberikan tracking number kepada pelanggan sebaik sahaja barang dihantar kepada pihak kurier sama ada melalui whatsaap ataupun SMS. Barang dijangka sampai kepada pelanggan dalam tempoh 4-5 hari. Kelewatan pihak kurier adalah bukan di bawah kawalan kami.


Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan dibuat setelah borang diproses.


Design yang dikeluarkan oleh Kad Kahwin Pro adalah fully customize. Para pelanggan boleh menukar warna dan meletak gambar pada design yang dikeluarkan oleh pihak kami. Caj dikenakan sekiranya para pelanggan hendak pihak kami membuat design baru yang bukan dari koleksi kami, mengikut kehendak pelanggan.  Caj yang dikenakan adalah RM80.00. Para pelanggan dibenarkan membuat pindaan design sebanyak 2 kali. Pindaan Kali ketiga dikenkan caj sebanyak RM40.


Bagi tempahan yang memerlukan siap kurang dari tempoh tiga minggu dikira urgent order. Kad Kahwin Pro berhak untuk meolak mana-mana urgent order, bergantung pada musim perkahwinan. Bagi urgent order, Caj sebanyak 20% dikenakan.

Kad Kahwin Pro adalah jenama bagi syarikat berdaftar dengan SSM 
MFH CREATIVE RESOURCES (002570233-V)

bottom of page